Hari ini, genap 30 hari insiden Letupan Gas yang menyebabkan Kebakaran Paip Gas di Putra Heights berlaku. Sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Ke-11 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi memperincikan langkah-langkah pemulihan yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Seramai 455 keluarga telah menerima bantuan sewaan rumah sebanyak RM6,000 (RM2,000 sebulan bagi April, Mei & Jun 2025), melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.73 juta. Bantuan ini bertujuan memberi ruang bernafas dan keselesaan kepada mangsa yang masih belum dapat kembali ke kediaman masing-masing.
Daripada 219 rumah yang dikenal pasti mengalami kerosakan:
Pembinaan semula ini akan diterajui oleh Sime Darby Property di Taman Putra Harmoni dan SPNB di Kampung Kuala Sungai Baru dengan kerjasama MBSJ dan UPEN, bermula 1 Mei 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.
Kerajaan Negeri juga meneliti keperluan bantuan kesihatan untuk mangsa yang masih menerima rawatan atau memerlukan pembedahan dan pemulihan. EXCO Kesihatan Awam, YB Jamaliah Jamaluddin, telah diamanahkan untuk menyelaras bantuan ini bersama hospital-hospital terlibat.
Saya, Amirudin Shari, menegaskan bahawa proses pemulihan ini akan dijalankan secara telus, bertanggungjawab dan tersusun, demi memastikan kebajikan rakyat diutamakan. Saya turut merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT atas kerjasama erat dalam menjayakan agenda pemulihan ini.
Insya-Allah, dengan usaha bersepadu antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, mangsa tragedi ini akan dapat membina semula kehidupan mereka dengan lebih yakin dan bermaruah.