Sumbangan

Karangkraf Hadiahkan al-Quran, Mangsa Letupan Gas Terima Sumbangan Rohani

8 April 2025

Kebakaran Paip Gas di Putra Heights: Karangkraf Sumbang al-Quran dan Bahan Bacaan untuk Mangsa

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membantu mangsa tragedi Kebakaran Paip Gas di Putra Heights, pihak Kumpulan Karangkraf tampil menyalurkan sumbangan berbentuk ilmu dan rohani kepada mereka yang terjejas.

Sebanyak 200 bahan bacaan, termasuk al-Quran, buku motivasi dan buku kanak-kanak, disumbangkan kepada para mangsa, khususnya mereka yang beragama Islam. Sumbangan ini bukan hanya dari Karangkraf, tetapi juga hasil wakaf orang ramai yang prihatin.

Menurut Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, pemberian ini bertujuan mengisi masa mangsa dengan aktiviti bermanfaat dan menenangkan hati, terutamanya dalam tempoh pemulihan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Saya menghargai usaha sebegini yang bukan hanya memberi bantuan fizikal, tetapi juga menyentuh aspek emosi dan spiritual para mangsa. Semoga ia menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk terus menyumbang dalam pelbagai bentuk kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Kumpulan Karangkraf dan semua pewakaf al-Quran yang menyumbang dengan penuh keikhlasan.

#KitaSelangor