Sumbangan

YKN Tak Biarkan Mangsa Sendiri – Bantuan Terus Dihantar ke Lokasi

9 April 2025

Susulan tragedi Kebakaran Paip Gas di Putra Heights, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) terus menunjukkan solidariti dengan rakyat apabila menghulurkan bantuan berjumlah RM29,533 bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Bantuan tersebut disalurkan dalam bentuk keperluan asas seperti makanan dan minuman, serta sokongan psikososial bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal mangsa kekal terpelihara dalam fasa pemulihan ini.

Sebagai Menteri Besar Selangor, saya mengalu-alukan keprihatinan pihak NGO dan semua pihak yang terus tampil membantu. Usaha ini membuktikan bahawa kekuatan komuniti kita terletak pada semangat kebersamaan dalam menghadapi musibah.

Terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Negara serta semua yang telah menyumbang. Semoga bantuan ini dapat terus menyuntik semangat dan harapan kepada mereka yang diuji.

#KitaSelangor