Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Pengenalan

Program penjajaran semula pemberian air percuma kepada golongan sasar penduduk Negeri Selangor yang berkelayakan untuk menikmati pemberian rebat air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

Golongan Sasar / Kriteria
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
  3. Premis kediaman adalah meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.  Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)."
Agensi
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Maklumat Tambahan
Peruntukan
40,000,000.00